Pantun Kemerdekaan


Pagi-pagi berjalan ke pekan
sambil mengunyah gula Sugus
Kempen Merdeka selamat dilancarkan
di hari ini 17 Ogos


Duduk bersembang bersama member
jangan bercakap perkara sesia
kempen tamat 16 September
sempena penubuhan Negara Malaysia


Jangan kita tersilap kata
nanti susah hendak betulkan
marilah kita turut serta
Jalur Gemilang kita kibarkan


Jumpa member terus disapa
minta autograf hulurkan pena
cara lain jangan dilupa
meriahkan jua sepanjang kempen


-As SyramyPasir Mas,17 1822H Ogos 2004


PANTUN KEMERDEKAAN II


Meraut muka di awal pagi
menutup mata duduk bersila
musim merdeka datang lagi
semangat kita membara semula


Membaca mentera tangan ditepuk
hidupkan bara di dalam ketur
cintakan negara kita pupuk
pelbagai acara kita atur


Sirih pinang jadi pengeras
duit dihulur jadi habuan
kasih sayang jadikan teras
semangat luhur bela watan


Orang ramai tak kira masa
tunggu giliran di tengah laman
aman damai sejahtera sentiasa
itulah perjuangan sepanjang zaman


Artikel Terkait: