Kisah Lucu Aku Naik Bas
Kepada yang biasa follow blog aku ni mesti tahu yang aku pergi kerja gilir-gilir, kadang-kadang naik kereta, kadang-kadang naik bas. Lepas kahwin aku selalunya naik kereta sebab selalu tak sempat nak kejar bas awal-awal pagi (faham-faham sudah la…). But last few days aku kembali naik bas, walaupun petrol price dah turun 5 kali, aku still rasa rugi naik kereta. Naik kereta, daily petrol expanses RM15.00 dan kalau aku naik bas hanya spend RM3 – RM5, at least aku boleh save RM10 sehari. Macam-macam benda boleh dapat dengan RM10. Put money aside, aku pun malas nak redah jem everyday. Every morning and evening disepanjang federal highway. So, dengan adanya ‘driver’ aku just lepak, kadang kala tidor.
Beberapa posting related to my bus riding experience.
1. Cerita Aku Naik Bas
2. Beromen Dalam Bas
3. Aku Ubah Gaya Hidup
Sekarang aku nak cerita pula beberapa perkara lucu yang aku alami sendiri, aku lihat atau diceritakan kepada aku oleh teman yang pernah naik bas.
1. Takut Polis
Macam aku cakap, kadang kala aku tidor dalam bas, especially waktu pagi. Since mata aku dah bijak nak estimate time, so aku berani tidor nyenyak. Bila sampai area LRT Asia Jaya aku pasti akan terjaga. Pernah sekali, aku sedang sedap layan mata. Tiba-tiba bas brek. Seperti biasa aku akan terjaga sekejap. Aku duduk seat depan, so bila aku buka mata aku ternampak police traffic sedang jaga lalulintas di tepi highway. Automatic aku buka mata, gelabah dan tangan aku capai bahu. Aku nak cari seat belt macam dalam kereta. Bila aku buka mata betul-betul, aku realize aku dalam bas. Penumpang lain pelik je tengok aku meraba-raba dinding bas, aku cover malu dengan urut-urut bahu dan tengkok, seterusnya aku pusing-pusingkan kepala (buat bunyi). After 5 seconds, aku continue tidor.2. Bagi Seat Kat Perempuan Mengandung
“Akak nak turun kat depan tu je ke?” Aku tanya, untuk kepastian.
“Tak…Takpe, duduk lah…” Dia response.Penumpang lain dah start tengok aksi kami. Aku dah confuse. Tak tahu nak buat apa.
“Akak tak pregnant lah dik…!” Dia cakap dengan sedikit tinggikan suara.
“Ohh.. sorry, so tak nak seat ni?” Aku jawap sambil letak beg ditepi seat tu.Dia geleng. Aku tergamam, terus duduk dan pejamkan mata.
Seriously akak tu nampak macam pregnant. Dia tak gemuk, maybe perut dia sahaja yang buncit.
3. Aku Pregnant Kot?
“Saya memang mahu turun di Batu 3 Shah Alam, tadi saya kesian sama kamu. Berdiri, pegang beg berat. Lagipun kamu nampak letih bangat…” Panjang lebar dia explain.Aku diam dan cakap terima kasih sambil usap-usap perut. Dalam hati aku berkata,
“Mamat ni ingat aku pregnant kot”
4. Orang Gila
“I memang tak suka naik bas… a lot bad experience lah” Dia cakap…Aku terdiam sekejap… then terus dengar apa dia nak cerita.
“Kena raba and all that I tak kisah lagi”
“One time, I bend to reach my shoe…”Aku pasti ini cerita lucah…
“Then suddenly I notice somebody from behind…. cut my hair!”…Dia sambung...
“What?... but why?” Aku sampuk…
“Orang gila lah… he simply keluarkan scissor and cut my long, beautiful hair” Amoi tu jawap.Gila… lepas dia potong rambut member aku, mamat tu tekan loceng dan turun. Amoi tu still dalam shock, tak tahu nak buat apa. Rambut dia yang panjang dah jadi kontot sebelah.
5. CEO Aku Marah
“What the hell you doing at the bus stop?” Tetiba dia tanya...Aku perhatikan kiri kanan. Aku tak nampak kereta dia. Then dia beritahu yang dia lalu depan office tadi, nampak aku. Sekarang dia dah nak sampai rumah.
“CRV rosak?… or somebody use it for outstation works?... I already told you do not allow them to use it for outstation…right? Dia terus membebel.
“No… CRV di office” Aku jawap.
“Then…? Dia tak puas hati.
“No lah… bla..bla..bla…” Aku explain kenapa aku prefer naik bas.
“Ok… but I will not accept any excuse related to bus if you failed to turn up” Dia warning aku, dan terus hang up.Aku call dia balik dan tanyakan urusan kerja, reason aku call dia at the first place. Aku sempat pesan jangan pula dia tarik balik CRV tu dan pass kepada orang lain. Dia gelak je… Esok paginya, dia still tak puas hati dan jenuh aku terangkan kenapa aku naik bas. Dia pun takkan la tak faham-faham lagi. Bagi je lah RM500 petrol allowance, mesti aku naik kereta tiap hari. Hahahha…
Aku memang dah lama dapat sebijik CRV lama (bukan model baru), untuk aku guna. Kalau ada meeting malam or kerja early morning aku memang tak kan balik rumah naik bas. Weekend pun aku akan belasah CRV tu untuk berjalan-jalan. Selesa sikit compare to my Kembara yang sekarang dah jadi ‘milik’ wife aku. Jangan ingat aku power sangat pula sampai dapat kereta, memang company aku banyak kereta, ramai yang dapat.
6. Gaduh Dengan Driver Bas
“Bas rosak ke bang? Lama saya tunggu… dah sejam lebih dah” Aku tanya sambil tersenyum.Tiba-tiba driver tu melenting…
“Aku pasal masa memang berkira. Tak mungkin kau tunggu lebih satu jam. Aku lalu sini tadi pukul 7:15, ada 3 orang naik… bla..bla..bla… aku sampai station pukul 7:30, sembahyang… bla..bla…bla jadi tak mungkin ko tunggu lebih dari satu jam” Details dia cerita siap tunjukkan kertas jadual dia.Terkedu aku. Semua penumpang tengok aku.
“Ok bang… maybe jam saya rosak kot…” Aku duduk malu sambil ketuk-ketuk jam.Lepas tu sebelum turun aku minta maaf, dia senyum je.